Pilihan raya Haron_Din

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004, Dr Haron Din yang mewakili Parti Islam SeMalaysia telah mendapat undi sebanyak 14,124 di kawasan Parlimen Arau. Beliau tewas kepada pencabarnya, Datuk Seri Diraja Syed Razlan Syed Putra Jamalullail yang mewakili Barisan Nasional yang mendapat undi sebanyak 17,367. Syed Razlan telah diisytiharkan menang pilihan raya tahun 2004. Majoriti diperolehi: 3,243, Jumlah Undi: 32,024, Undi Rosak : 533 , % Mengundi : 84.23%

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Dr Haron Din sekali lagi tewas kepada calon Barisan Nasional/ UMNO. Ismail Bin Kasim telah menang dengan mendapat undi sebanyak 16451 berbanding Dr Haron Din yang mendapat sebanyak 16,151 undi. Peratus pengundi yang keluar ialah 83.4 %. Undi rosak sebanyak 586.